tips goreng kuey teow

Kuey Teow sering menjadi pilihan ramai untuk dimasak pada sarapan pagi mahupun makan malam. Antara salah satu menu mudah menggunakan kuey teow adalah kuey teow goreng. Nak tahu tak tips goreng kuey teow dengan betul?

Nak goreng kuey teow pun perlu ikut teknik yang betul kerana ramai yang mengalami masalah kuey teow menjadi lembik kembang dan hancur apabila digoreng. Pasti ada yang pernah mengalami masalah seperti ini kan?

Kalau anda nak tahu cara-cara untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi, boleh ikuti perkongsian oleh Yurni Emilia yang berkongsikan tips menggoreng kuey teow dengan betul.

Tips Goreng Kuey Teow

Dah banyak kali nampak ahli grup ini mengalami krisis menggoreng kuey teow. Di sini saya nak kongsi tips untuk menyelamatkan keadaan ya.

1. Kuey teow tidak serasi dengan air.

  • Jadi jangan basuh terlalu lama dan pastikan kuey teow ditos kering dengan cepat.
  • Basuh kuey teow menggunakan air paip sahaja. Bukan dengan menggunakan air panas.
  • Ada yang membasuh kuey teow, ada yang tidak. Saya basuh untuk meleraikan kuey teow yang melekat.

2. Kuey teow sangat serasi dengan minyak. Jadi, lebihkan minyak apabila menggoreng.

3. Kalau nak masak kuey teow penang style, letak sedikit minyak bijan. Sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.

4. Lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/sos tomato.

5. Tambah air jika perlu sahaja, contohnya nak buat Char Kuey Teow banjir.

6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur kering sedikit sebelum digaulkan dan kacau dengan kuey teow yang sedang digoreng.

Kredit: Yurni Emilia

Kredit gambar: Google