Teringin nak makan kuih akok kedut tapi susah nak cari orang jual? Jom kita cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah.
Jika tak ada acuan untuk kuih khas untuk kuih akok, boleh guna pembakar roti saja. Rasa tetap sedap walaupun rupa sedikit lain.
Yang paling penting, ia tidak berbau hanyir telur dan juga sedap dimakan semasa panas-panas atau sudah sejuk.
Sesuai dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang bersama seisi keluarga tercinta. Semoga bermanfaat ya!
Baca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang
Resipi Akok Kedut Homemade
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan air + gula pasir + daun pandan (Sukatan ikut kemanisan masing-masing. Jadikan sebagai air gula)
- 5 biji telur ayam*
- Sedikit perisa pandan*
- Secubit garam*
- Santan 1/2 kotak (saiz kecil)*
- Tepung gandum 3 sudu makan*
Cara-cara penyediaannya:
1. Kisarkan semua bahan bertanda (*) di atas selama 2 minit sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown.
3. Masukkan air gula yang sudah sejuk tadi dan kisarkan sekejap.
4. Kemudian, sedia untuk dibakar. Tuangkan adunan kuih akok ke dalam pembakar roti.
5. Bakar sehingga warna bertukar kepada perang keemasan.
6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Halimatun AsSaadiah Ismail