jus mangga

Jika teringin minum jus tapi tiada idea, anda boleh buat Jus Mangga yang sedap seperti yang dijual di gerai tepi jalan. Apabila minum, rasa segarnya memang lain dari yang lain.

Jus Mangga adalah minuman dibuat daripada buah mangga yang diproses dengan cara tertentu dan kaya dengan vitamin C, vitamin A, kalium dan zat besi yang baik untuk badan.

Tak perlu keluar rumah untuk beli Jus Mangga kerana anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Nor Asfah Mohd Ali di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Sirap Hijau Fanta Paling Asli, Ramai ‘Repeat’ Air Klasik Ini Sebab Segar Teramat!

RESIPI JUS MANGGA

jus mangga

Kredit Gambar: Facebook Intan Baiduri

Bahan-bahan:

  • Mangga
  • 4 hingga 5 sudu susu pekat (ikut sesuai dengan citarasa)
  • 1 susu tin cair
  • 250ml air (ikut kepekatan yang dimahukan)
  • Ais

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar mangga (saya guna ¼ dari gambar) bersama susu pekat dalam 4 hingga 5 sudu atau ikut sesuai rasa dan sedikit air anggaran 250ml atau ikut kepekatan yang dimahukan.

jus mangga

2. Selepas itu, campurkan bahan yang sudah dikisar tadi dengan susu cair 1 tin.

3. Kemudian, masukkan dalam bekas yang berisi ais.

4. Akhir sekali, letak mangga yang telah dipotong dadu di atasnya. Siap untuk dinikmati!

Orang Malaysia sangat suka minum Jus Mangga kerana bukan saja mudah didapati, malah ia merupakan pilihan minuman terbaik yang memiliki kandungan nutrisi tinggi.

Buat anda yang tiada idea minuman untuk tetamu, boleh gunakan resipi ini kerana ia sangat sedap dihidangkan untuk pelbagai jenis jamuan. Setelah diminum, pasti kelazatanya bakal dipuji nanti.

Tak kisahlah nak guna jenis buah apa sekalipun, anda tetap dapat hasilkan jus sedap dengan resipi ini di rumah. Nak tambah lebih sedap lagi, boleh letakkan aiskrim vanilla yang lazat di atasnya.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Intan Baiduri

Sumber: Nor Asfah Mohd Ali

Baca juga: Jus Epal Asam Boi Sihat Dan Segar, Minum Segelas Pun Rasa Tak Cukup

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN