Jom buat Air Teh Kundur untuk juadah air berbuka puasa kejap lagi. Memang sedap nak sejukkan badan masa tengah musim gelombang haba sekarang.
Ingat tak Raya dulu-dulu mesti ada yang hidang air kotak kundur untuk tetamu, kan?
Ini kerana, air kotak mudah dan tak perlu dibancuh lagi, malah ada pelbagai perisa dan salah satunya adalah air teh kundur ini.
Kalau nak tahu, air teh kundur ini juga dikenali dengan nama winter melon. Bahkan, rasanya sedap dan ada semacam bau gula melaka.
Malah bukan sebab rasanya sahaja orang suka minum air teh kundur ni, dikatakan buah kundur mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan bagus untuk menyejukkan badan.
Baca juga: Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini
Antara khasiatnya ialah dapat menjaga keseimbangan degup jantung, otot serta saraf tetap aktif, serta melancarkan pencernaan serta membantu turunkan berat badan.
Jadi elok juga kiranya bulan puasa ini kita sajikan air teh kundur untuk keluarga tapi bukan versi air minuman yang dijual dalam kotak, tapi kita buat sendiri. Itu lagi terbaik!
Nak tahu resipi boleh ikut apa yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Aida Md Zainuddin dan menurutnya juga minuman ini sedap di minum panas atau campur ais untuk diminum sejuk.
Bahan-bahan:
Cara bancuhan:
1. Potong kundur ikut cara kita nak. Boleh potong panjang-panjang.
2. Panaskan gula melaka beserta gula dan tambah daun pandan.
3. Masukkan buah kundur dan reneh biar lama sehingga lembut dengan api perlahan.
4. Dah pekat, dah lembut buahnya siap tutup api.
5. Sedia dihidang sejuk atau panas.
Khasiat Buah Kundur:
Memang puas hati bancuh sendiri teh kundur ini. Yang penting beli buahnya dan bancuh ia seperti cara-cara di atas. Nikmat sangat untuk buat juadah air berbuka kejap lagi.
Selamat mencuba!
Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…
Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…
Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…
Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…
Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…