Mari cuba buat bancuhan air kurma cina yang segar dan menyegarkan ini. Selain rasanya yang sedap dan manis, ia juga ada banyak khasiatnya tau.
Minum air rebusan bahan-bahan herba seperti red dates (jujube) atau kurma merah yang merupakan adalah salah satu makanan kesihatan popular di China.
Bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis makanan harian mereka di sana.
Baca juga: Air Teh Kacukan Guna Resipi Chef Dave, Mengancam Tekak Dibuatnya!
Ternyata, kurma merah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dikatakan mampu untuk menurukan tekanan darah tinggi dan juga sangat bagus untuk wanita.
Bagusnya lagi, air rebusan ini buat kulit muka jadi lebih cantik dari biasa. Rugi siapa tak cuba. Sebab, Nurul Syazwani dapat petua ini dari kawannya yang berbangsa Cina.
RESIPI AIR KURMA CINA
Bahan-bahan:
- Kurma merah
- Kurma hitam
- Goji berries
- Longan kering
- Rose buds
- Gula batu (jika suka manis)
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh semua bahan dan toskan.
2. Rebus semua bahan dengan 5 gelas air.
3. Renehkan sehingga tinggal 3 gelas air.
Antara Manfaat Air Rebusan Kurma Cina
Air ini bukan sahaja untuk buangkan angin dalam badan dan memberi tenaga, ia juga boleh tambah susu badan. Kulit pun cantik kalau kita amalkan air ini. Berikut adalah antara kelebihan yang lain:
- Sangat bagus untuk tingkatkan daya memori otak
- Mencegah isu kardiovaskular
- Membunuh sel kanser
- Mampu melancarkan pergerakan di dalam usus kecil dan besar
- Mengawal paras glukosa
- Mampu menyelesaikan masalah insomnia
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Nurul Syazwani
Baca juga: Air Butterbeer Ala Harry Potter, Resipi Bancuhan Untuk Satu Gelas