acar limau

Sekarang ini agak susah untuk mencari orang yang menjual acar limau kasturi, kalau ada pun pasti tidak kena dengan selera.

Jangan risau, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan Oleh Puan Noor Cheah di bawah.

Kuahnya boleh digunakan sebagai pencicah ikan, telur dadar dan lain-lain yang bersesuaian. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jom Cuba Acar Timun Sarawak Ini, Tak Sama Dengan Acar Timun Biasa!

RESEPI ACAR LIMAU KASTURI

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 15-18 biji limau kasturi (limau yang masak ranum, besar dan lembut kulitnya bila dipicit)
  • 8 biji bawang rose @ bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili kering atau 6 sudu makan pes cili kering
  • 2 inci hirisan halus halia
  • Kismis hitam
  • Lobak jeruk (jenis yang masin atau manis)
  • Beberapa biji bawang rose kecil
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara penyediaannya:

1. Bersihkan limau kasturi dan belah 2. Buang bijinya dan perahkan. Rebus selama 10 minit dalam air yang diletak sedikit gula, garam. Tos dan ketepikan.

2. Goreng hirisan halia sehingga kekuningan. Selepas itu angkat dan ketepikan. Goreng pula bawang rose kecil, goreng sekejap sehingga layu saja.

3. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering yang sudah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak guna api kecil.

4. Masukkan gula, garam dan cuka. Kacau sebati. Bila dah sebati, gula hancur dan mendidih. Masukkan halia goreng tadi.

5. Masukkan bawang rose goreng, lobak jeruk, kismis dan kulit limau kasturi. Gaul sebati dan masak menggunakan api perlahan.

6. Akhir sekali, pastikan kuah seimbang rasa manis, masam, pedas dan masin.

7. Bila dah sejuk, kuahnya akan menjadi sedikit pekat. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Noor Cheah

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN