ayam masak semur

Siapa pernah makan ayam masak semur? Sebenarnya ia sama sahaja seperti ayam masak kicap tapi ini merupakan versi dari daerah Jawa, Indonesia.

Hidangan ini sering disajikan dalam hidangan nasi ambeng, terutamanya sewaktu kenduri-kendura. Menjelang hari raya pula, ia dinikmati bersama ketupat.

Jika ada yang mahu mencuba ayam masak kicap versi Jawa ini, boleh rujuk resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman di bawah.

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Merah Ala Kampung, Resipi Sempoi Yang Mudah & Lazat

RESIPI AYAM MASAK SEMUR

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Rempah 4 sekawan
  • Cili besar belah tengah
  • Kicap
  • Bawang besar belah 4

Bahan kisar:

  • 5 tangkai lada kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 biji bawang putih
  • 1 inci halia

Cara memasak:

1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi, tumiskan serai terlebih dahulu.

3. Kemudian, tumis rempah 4 sekawan. Masukkan juga bahan yang sudah dikisar.

4. Tumis menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.

5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih seketika.

6. Masukkan pula bawang besar yang dibelah 4 dan cili besar. Tunggu sehingga bawang menjadi layu.

7. Letakkan kicap mengikut kepekatan dan warna hitam yang disukai. Letakkan juga sedikit garam, jangan banyak kerana ayam dan kicap sudah masin.

8. Perasakan juga dengan gula. Ayam masak semur ini lebih sedap jika rasanya manis, masin dan lemak.

9. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan tunggu sehingga mendidih. Ubah suai rasa jika ada yang kurang.

10. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ayam masak semur

Kredit resipi dan gambar: Mizah Ngatiman

Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Tepung Ayam Goreng Hasil Jualannya, Memang Rangup & Laku Keras!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN