teh chrysanthemum

Nikmat sungguh kalau berbuka nanti dapat minum air yang sejuk dan menyegarkan tekak seperti Teh Chrysanthemum Pudina Asam Boi ini. Setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca Malaysia yang panas memang kering tekak dibuatnya!

Mudah saja cara membuat air ni, anda semua wajib cuba untuk berbuka nanti ya! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya. Cara penyediaannya juga sangatlah ringkas untuk dicuba.

Baca juga: Air Anggur Laici Ini Memang ‘Perfect’ Untuk Hilangkan Dahaga, Segar Tekak Dibuatnya!

RESIPI AIR TEH CHRYSANTHEMUM PUDINA ASAM BOI

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Air kotak teh bunga krisantimum
Daun pudina
– Asam boi
– Lemon
– Ais batu

teh chrysanthemum

Cara penyediaan:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan iaitu air kotak teh bunga krisantimum, daun pudina, asam boi dan buah lemon.

2. Ambil jug yang bersesuaian dan masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau seketika untuk sebatikan semua bahan.

3. Apabila mahu diminum, letakkan ais batu secukupnya dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan dan diminum. Selamat mencuba!

teh chrysanthemum

Kredit resipi dan gambar: Facebook Nordiana Ab Kadil via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Oren Sunquick Ala Vitagen Guna 2 Bahan, Sekali Minum Mesti Ketagih!

Baca juga: Cara Buat Air Teh Bunga Longan Yang Mengiurkan, Sejuk Tekak Bila Dapat Minum!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN