kerabu kaki ayam siam

Bagi peminat kaki ayam, hidangan kerabu kaki ayam siam ini mungkin tidak asing lagi buat anda. Memang wajib pesan setiap kali ke kedai masakan Thailand.

Tekstur kaki ayam yang lembut dengan kombinasi rasa masam, manis, pedas dan masin menjadikan kerabu kaki ayam sangat sedap untuk diratah begitu saja!

Cara membuatnya bukan saja mudah dan ringkas, malah rasanya juga memang sebiji sama seperti makan di kedai Thai, sungguh puas hati!

Baca juga: Cara Rebus Kaki Ayam Agar Hilang Segala Bau Hanyir, Barulah Berselera Nak Makan!

KERABU KAKI AYAM SIAM

Bahan-bahan:

– Kaki ayam
– Serai
Daun ketumbar
– Lada
– Bawang merah
– Tomato
– Limau

Cara-cara:

1. Buang kuku ayam dan cuci bersih. Kemudiasn, rebus kaki ayam sampai empuk. Senang nak buang tulang tu nanti.

2. Jika ada pressure cooker, rebus guna pressure cooker 15 minit (set meat). Jika tiada, rebus atas dapur gas sehingga empuk.

kerabu kaki ayam siam

3. Satukan bahan lain yang telah dipotong dengan kaki ayam yang sudah ditoskan air.

4. Boleh perasakan dengan kicap sotong (jika ada). Perasakan juga dengan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

5. Gaul sebati dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

kerabu kaki ayam siam

Info tambahan: Air rebusan kaki ayam tadi jangan buang kerana boleh dibuat sup. Caranya, tambahkan lagi air, ketuk bawang putih, potong daun bawang, daun sup, tomato dan barang salery. Perasa ikut cita rasa masiug-masing.

Kredit resipi dan gambar: Nur Amalyna Zuraidi via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam, Cara Masak Paling Mudah Tanpa Perlu Tumis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN