Resipi kek marble jelita ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Yang paling penting, resipi ini dijamin anti gagal walaupun anda pertama kali mencubanya.
Kek marble jelita ini juga masih menjadi fenomena sehingga sekarang dan menjadi perbualan hangat di media sosial disebabkan oleh corak yang menarik dan permukaannya yang cantik, serta rasanya yang lembut dan memikat hati.
Baca juga: Tiada Oven Di Rumah? Ini Teknik Bakar Kek Atas Dapur Gas
Beberapa pengusaha kek juga tak memang tangan menerima tempahan kek ini. Ia telah menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan bagi mereka selepas kek ini menjadi viral.
Oleh itu, kek marble jelita ini masih mendapat permintaan yang tinggi pada masa kini walaupun terdapat pelbagai jenis kek lain di pasaran. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Eina Erfan ini.
RESIPI KEK MARBLE JELITA ANTI GAGAL
Bahan-bahan:
- 150 gram mentega
- 180 gram gula kastor
- 5 biji telur
- 50ml susu segar
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar ovalette
- 220 gram tepung naik sendiri
- Pewarna makanan (warna pilihan anda)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan oven anda pada suhu 180 darjah Celsius. Sediakan loyang kek dengan menyapu sedikit mentega di dalamnya atau menggunakan kertas roti.
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan menjadi krim. Anda boleh menggunakan mixer untuk membuatnya lebih cepat.
3. Masukkan telur satu demi satu, pastikan untuk memukul setiap telur dengan baik sebelum menambahkan yang seterusnya. Kemudian masukkan esen vanilla dan ovalette, dan pukul lagi hingga semua bahan tercampur rata.
4. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung secara beransur-ansur bergantian dengan susu segar. Pastikan untuk menyapu tepung dari dinding mangkuk supaya semua bahan tercampur sempurna.
5. Setelah adunan kek selesai, ambil separuh daripadanya dan masukkan ke dalam mangkuk lain. Tambahkan sedikit pewarna makanan pada setengah adunan kek yang tersisa. Gaul rata sehingga warna sebati.
6. Hiaskan dengan tiga adunan berwarna mengikut corak dan kreativiti sendiri. Buat sehingga semua adunan habis.
7. Selepas itu, gunakan senduk atau pisau untuk ‘menarik’ adunan kek secara rawak, untuk cipta corak marmer yang cantik di permukaan kek.
8. Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan selama kira-kira 40-45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya dan permukaannya keemasan. Jika nak periksa kek sudah masak atau belum, cucukdengan lidi atau pisau ke dalam tengah kek. Jika ia tidak melekat, kek sudah masak.
9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk sebelum memotongnya. Kemudian potong dan hidangkan kek marble jelita anda bersama dengan minuman kegemaran anda!
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Eina Erfan
Baca juga: Kek Marble Kampung Cara MUDAH, Memang Menjadi Ikut Resipi Ini