keracunan makanan

Mungkin ramai yang berfikir menyimpan makanan di dalam peti sejuk adalah cara yang baik untuk memastikan makanan lebih tahan lama dan tidak keracunan makanan jika dimakan.

Tetapi, sebenarnya terdapat beberapa makanan yang boleh menjadi racun jika disimpan di dalam peti sejuk.

Walaupun menyimpan makanan di dalam peti sejuk boleh memanjangkan jangka hayat makanan, ia juga boleh membahayakan kesihatan.

Oleh sebab itu, penting untuk kita ketahui apakah makanan yang boleh disimpan di dalam peti sejuk dan yang tidak boleh.

Selain itu, peti sejuk yang dipenuhi dengan makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan juga boleh menjadi tempat yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria.

Baca juga: Rupanya Ini Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Makan Tanpa Kupas, Baru Tak Membazir!

KERACUNAN MAKANAN, JANGAN SIMPAN 5 JENIS MAKANAN INI DALAM PETI SEJUK

Berikut adalah senarai makanan yang boleh menjadi racun jika disimpan di dalam peti sejuk.

1) Bawang Putih

Bawang putih yang sudah dikupas sebaiknya tidak disimpan di dalam peti sejuk kerana akan lebih mudah ditumbuhi kulat. Ia juga sering dikaitkan dengan penyebab berlakunya kanser.

Lebih baik beli bawang putih segar dan hanya dikupas apabila mahu dimasak dan simpan di luar peti sejuk.

2) Bawang Besar

Jangan memotong bawang bombay dan menyimpannya di peti sejuk. Hal ini kerana cecair dari bawang akan berubah menjadi gula dan seterusnya menjadi tempat tumbuhnya kulat. 

3) Roti

Selain itu, roti juga boleh menjadi racun jika disimpan dalam peti sejuk. Roti akan mengeras dengan cepat dan menyebab ia menjadi cepat basi apabila dipanaskan.

Jika dimakan, roti yang telah disimpan dalam peti sejuk boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit.

Oleh itu, lebih baik menyimpan roti yang dibeli dalam bekas kedap udara pada suhu bilik, bukan dalam peti sejuk.

4) Keracunan makanan dari Halia

Kulat akan membiak dengan cepat apabila halia dibekukan semula. Kulat ini dikaitkan dengan risiko gagal ginjal dan hati. Oleh itu, disarankan untuk tidak menyimpan halia dalam peti sejuk.

5) Coklat

Menyimpan coklat di dalam peti sejuk sebenarnya tidak akan membuatnya tidak boleh dimakan, tetapi coklat akan menyerap bau makanan lain.

Ini boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan juga diarrhea. Oleh itu, lebih baik  jika menyimpan coklat pada suhu bilik saja.

Sumber: CNN INDONESIA

Baca juga: Kenali Jenis-Jenis Bawang Yang Sering Digunakan Dalam Masakan, Jangan Tertukar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN