cara hilangkan cirit birit

Anda sedang mengalami cirit-birit? Penat berulang-alik ke bilik air? Sampaikan badan pun dah lembik. Jom kami kongsikan cara hilangkan cirit-birit yang paling cepat dan berkesan.

Apa penyebab cirit birit?

Secara amnya, cirit-birit berlaku kerana pengambilan makanan dan minuman yang tercemar, makan dengan tangan yang kotor atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah:

  • Bakteria. Cth: Salmonella atau Escherichia (E. coli)
  • Virus. Cth: Norovirus atau rotavirus
  • Parasit. Cth: Giardia intestinalis

Tanda-tanda cirit birit:

  • Najis cair
  • Sakit atau kejang perut
  • Kerap ingin menggunakan tandas
  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam
  • Hilang selera
  • Dehidrasi

cara hilangkan cirit birit

CARA HILANGKAN CIRIT BIRIT

1. Air kelapa

Air kelapa mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi bagi menggantikan elektrolit yang hilang dari badan. Jadi, minuman ini merupakan satu rawatan tradisional yang boleh merawat cirit birit.

2. Makanan rendah lemak

Pengambilan makanan rendah lemak juga baik utuk mengatasi cirit birit. Contoh makanan yang rendah lemak adalah ikan, isi ayam tanpa kulit dan protein sumber tumbuhan seperti tauhu, tempe, cendawan, kacang kuda, kacang edamame dan sebagainya.

3. Minuman elektrolit

Minuman elektrolit mengandungi kandungan elektrolit seperti natrium, kalium dan lain-lain yang baik untuk mengatasi mengalami masalah cirit birit. Jadi selain dari air kelapa, pengambilan air elektrolit juga bagus untuk cirit birit.

4. Cara Hilangkan Cirit Birit – Diet BRAT

Diet BRAT adalah singkatan daripada pisang (banana), nasi (rice), sos epal (applesauce) dan roti bakar (toast). Makanan ini merupakan rendah serat dan sekaligus dapat mengurangkan simptom semasa cirit birit. Tetapi diet ini tidak boleh diamalkan dalam tempoh masa yang lama kekurangan sumber serat, protein dan lemak.

5. Yogurt

Yogurt adalah produk tenusu yang diperbuat melalui proses fermentasi. Bakteria yang digunakan untuk membuat yogurt dipanggil “kultur” dan ianya mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan.

Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas pesakit yang mengalami cirit birit, didapati bahawa yogurt dapat mengurangkan simptom cirit birit.

6. Sayur-sayuran yang dimasak

Mereka yang mengalami cirit birit digalakkan mengambil sayur-sayuran yang telah dimasak dan dibuang kulitnya (jika ada) untuk mengurangkan beban sistem pencernaan. Pemilihan sayur yang tidak berangin juga digalakkan untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.

7. Minuman kultur

Pelbagai jenis minuman kultur yang kita boleh dapati di pasaran. Kebaikan minuman kultur ini adalah ianya mengandungi probiotik, iaitu sejenis bakteria baik yang dapat menjaga keseimbangan di dalam sistem pencernaan.

8. Makanan bland

Makanan bland atau nama mudahnya makanan yang rendah serat adalah sejenis makanan yang boleh diambil bagi mereka yang mengalami cirit birit. Elakkan diri daripada mengambil makanan yang pedas dan kompleks yang boleh membuatkan cirit birit menjadi lebih teruk. Contoh makanan bland adalah bubur nasi, kentang rebus dan roti putih.

9. Ais pop

Pengambilan ais pop merupakan salah satu alternatif lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pengambilan air. Anda boleh membekukan jus buah ataupun air kosong bersama hirisan buah untuk menambahkan rasa.

10. Air Kosong

Rawatan utama yang paling penting bagi masalah cirit birit adalah mengambil air kosong yang cukup. Hal ini kerana cirit birit menyebabkan badan kehilangan banyak air melalui najis. Kesannya akan menyebabkan hidrasi pada tubuh badan. Selain itu, elakkan juga mengambil minuman yang berkafein kerana ianya bersifat diuretik yang akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan daripada badan.

Kesimpulannya, ada banyak makanan dan minumam yang boleh diambil oleh pesakit cirit birit. Namun begitu, rawatan utama yang perlu didahulukan adalah perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospotal dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Kredit: Root Of Science

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN