Sawi jeruk ini ada peminatnya yang tersendiri. Namun begitu, ramai yang was-was untuk membelinya di kedai kerana risau akan tahap kebersihan semasa proses penghasilannya.
Oleh itu, apa kata kita cuba buat sendiri sawi jeruk ini di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Fatihah di bawah. Barulah kebersihan lebih terjamin.
Baca juga: Tak Perlu Banyak Bahan Nak Buat ‘Jeruk Maman’, Lauk Rare Orang Lama Yang Wajib Cuba!
CARA BUAT SAYUR SAWI JERUK
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 kg sayur sawi
- Segenggam garam kasar
- 2 sudu besar nasi
- 3 keping asam keping
- Air suam
Cara-caranya:
1. Potong sayur sawi dan basuh sehingga bersih. Kemudian toskan airnya.
2. Seterusnya, satukan semua bahan iaitu sayur sawi yang sudah dicuci tadi berserta garam kasar, nasi dan asam keping di dalam balang.
3. Akhir sekali tuangkan air suam ke dalam balang tersebut.
4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 hari sehingga sayur berubah warna.
5. Apabila sayur sudah bertukar warna, sudah boleh disimpan di dalam peti ais dan sudah sedia untuk dimakan.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nur Fatihah
Baca juga: Cara Buat Cili Jeruk Tanpa Masak, Hanya Potong & Gaul Saja Terus Siap!
Baca juga: Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!