lempeng pisang kurma

Mari cuba buat Lempeng Pisang Kurma bersama madu. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan. Ibu berpantang dan menyusu memang sesuai makan sarapan atau makan malam ringkas macam ini.

Lengkap dengan nutrisi sebab ada pisang, kurma, susu dan madu asli. Boleh tingkatkan susu ibu dan sekaligus memberi tenaga.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis

Bayangkan anak dah 5 orang, dengan berpantangnya lagi. Nak sediakan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam. Mesti perlukan tenaga yang banyak. Kalau memasak menu yang rumit, nanti terkejar-kejar masa pula.

Jadinya, boleh lah anda buat sarapan atau makan malam yang ringkas dan semua orang boleh makan. Sukatan ini, boleh dapat 3 keping yang sederhana saiznya. Kalau nak banyak gandakan saja bahannya.

RESIPI LEMPENG PISANG KURMA BERSAMA MADU

lempeng pisang kurma

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, lenyekkan pisang. Kalau sukaia berketul-ketul, lenyek secara  biasa. Jangan halus sangat.

2. Masukkan kurma yang sudah dibuang biji, dibasuh dan dicincang kasar. Gaulkan sekali.

3. Boleh masukkan tepung.

4. Apabila ia sudah sebati, boleh masukkan susu pulak. Kacau sebati hingga  menjadi adunan yang halus dan kenyal.

5. Panaskan pan dan sapukan sedikit butter di atasnya. Tuangkan adunan ke pan yang sudah dipanaskan, ratakan dengan spatula agar membentuk lempeng yang tipis.

6. Pastikan kedua sisi berwarna keemasan dan matang. Pastikan api tidak terlalu besar agar lempeng matang merata.

7.  Tuangkan madu asli di atas lempeng sebagai pemanis tambahan. Siap. 

Selamat mencuba.

Sumber: Nurasykin Ali

Baca juga: Lempeng Pisang Cara Kampung, Wangi Dan Lazat Ikut RESIPI Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN