resepi ikan tenggiri

Ada pelbagai resepi ikan tenggiri yang boleh dicuba. Bukan saja enak dimasak asam cuka atau masak kicap, malah ia juga lazat jika diolah menjadi ikan tenggiri masak lemak Padang.

Masakan ini merupakan menu yang berasal dari Padang, Indonesia. Ramuan yang digunakan cukup ringkas tetapi sangat membuka selera!

Bukan itu saja, ia juga sangat ‘kena’ dengan selera orang Malaysia yang amat menggemari masakan pedas dan bersantan.

Jika ada yang mahu cuba memasaknya di rumah, ikuti saja resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah di bawah.

Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG, INDONESIA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5@6 ketul ikan tenggiri
  • ½ kotak kecil santan
  • 2 cm halia*
  • 2 cm lengkuas*
  • 2 hirisan lengkuas
  • 1 cm kunyit hidup*
  • ½ biji bawang besar atau 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 biji buah keras*
  • Cili merah 2 batang*
  • Serai 1 batang
  • Daun salam 1 helai
  • Tomato 1 biji
  • Minyak secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air 1½ cawan

Cara-cara memasak:

1. Basuh bersih ikan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng di dalam minyak panas sehingga masak.

2. Panaskan minyak, masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Tumiskan seketika.

3. Seterusnya, masukkan bahan bertanda (*) yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

4. Apabila sudah pecah minyak, boleh masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.

5. Masukkan pula tomato dan ikan yang sudah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

6. Masak seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Resipi Ikan Singgang Yang Ringkas & Tanpa Tumis, Campak-Campak Terus Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN