jeruk maman

Siapa suka makan jeruk maman? Kebanyakan anak muda sekarang sudah tidak tahu cara penyediaan side dish turun temurun. Bukan itu saja, ramai juga yang tidak pernah sekalipun mencuba makanan orang lama ini.

Kalau ikut orang dulu-dulu di kampung, tak ada lauk mewah pun tak apa sebab jeruk maman ini sudah cukup untuk membuka selera. Ada satu lauk ini pun boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Jika ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya rasa jeruk ini dan mahu mencubanya sendiri di rumah, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Shah Shatry di bawah.

Baca juga: Cara Buat Cili Jeruk Tanpa Masak, Hanya Potong & Gaul Saja Terus Siap!

RESEPI JERUK MAMAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Maman fresh (ambil pucuk & bahagian lembut sahaja)
  • Nasi
  • Garam
  • Air

Cara-cara penyediaan:

1. Ambil maman bahagian pucuk dan bahagian yang lembut sahaja.

2. Basuh bersih sambil meramasnya supaya segala pasir dan tanah keluar. Basuh sehingga bersih.

3. Selepas basuh, jemur sekejap maman di bawah matahari.

4. Apabila sudah kering, masukkan maman tadi ke dalam bekas. Taburkan nasi, garam dan air. Sukatan air lebih sedikit pada paras maman itu. (sukatan garam dan nasi agak-agak saja)

5. Biarkan selama 2 hingga 3 hari sehingga ia sedikit masam.

6. Apabila dah cukup 2 atau 3 hari, sudah sedia untuk dimakan.

7. Paling sedap jika ambil jeruk maman, masukkan ke dalam mangkuk atau piring Kemudian, potong cili padi, hiris bawang kecil dan gaul sebati. Sedap makan dengan nasi panas!

8. Selamat mencuba!

jeruk maman

Kredit resipi dan gambar: Shah Shatry

Baca juga: Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN