cara masak kambing masala

Ini cara masak Kambing Masala yang anda boleh cuba mengunakan resipi dari perkongsian Gaithri Cheran ini. Ia adalah sejenis hidangan kari yang menggunakan daging kambing sebagai bahan utama.

Hidangan ini biasanya menggunakan rempah seperti jintan, kulit kayu manis, bunga cengkih dan serai sekali gus memberikan cita rasa yang kaya dengan wangian. 

Baca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Kambing Masala memang sedap dimakan bersama nasi minyak. Kombinasi antara dua hidangan ini adalah pilihan yang sangat baik untuk anda yang ingin menikmati makanan yang kaya rempah, berlemak dan beraroma. 

Ada juga sesetengah orang yang suka menyajikannya dengan roti atau nasi pilaf. Jika anda sukakan pedas, boleh juga tambah sambal atau serbuk cili sebagai pelengkap. 


CARA MASAK KAMBING MASALA

cara masak kambing masala

Bahan utama:

  • Kambing – 1 kg 

Nota: Dipotong kecil dan direbus menggunakan pressure cooker 3 wisel, asingkan air rebusan dengan daging. Air rebusan akan digunakan untuk memasak nanti.

Bahan Kisar:

  • Halia – 2cm
  • Bawang putih – 7 ulas
  • Bawang merah – 1 biji potong halus

Bahan Cili Giling:

  • 10 cili kering direbus dan digiling bersama 5 ulas bawang putih & 1 bawang merah

Bahan rempah:

  • Bunga cengkih – 2
  • Kayu manis – 1
  • Jintan manis – 1 sudu kecil
  • Bawang merah – 1 dihiris
  • Serai – 3
  • Daun pandan – 3 helai
  • Tomato – 1 biji, dipotong kecil
  • Kentang – 2 biji, potong dadu besar
  • Santan – 4 sudu besar
  • Gula melaka – 3 sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Ajishio – lada hitam

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan 5 sudu besar minyak masak, masukkan bunga cengkih, kayu manis, jintan manis, dan serai.
  2. Masukkan bawang merah, tomato, dan bahan kisar. Gaul rata dan masak sehingga bawang layu dan kuning – kekuningan. Masukkan daun pandan. Saya suka daun pandan dimasak bersama daging kambing kerana bau kambing akan diserap dan kuahnya menjadi lebih sedap.
  3. Masukkan bahan cili giling dan campurkan air rebusan daging tadi, kemudian masukkan kentang. Masak selama 10 minit.
  4. Masukkan daging kambing, gaul rata, kemudian masukkan santan, gula melaka, dan garam. Masukkan ajishio lada hitam, masak selama 5 minit sehingga kuah pekat.
  5. Kambing masala siap untuk dihidangkan.

cara masak kambing masala

Nota: Gula melaka merupakan bahan rahsia Gaithri Cheran sebab ia menambah perisa dan memberi rasa berlemak kepada daging kambing berbanding dengan gula biasa. Selain itu, ia membuatkan warna kuah lebih gelap dan pekat berbanding kambing masala biasa.


Selamat mencuba.

Sumber: Gaithri Cheran

Baca juga: Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN