spanish latte

Bagi penggemar kopi, tentunya teringin untuk mencuba resipi autentik Spanish Latte di rumah. Memang jimat kos sebenarnya berbanding membelinya kerap di luar. 

Nisbah tradisional minuman Spanish Latte ialah 1:1, iaitu satu bahagian kopi pekat dan satu bahagian susu panas. Untuk memberikan rasa manis, hanya tambah gula putih atau susu pekat manis. Minuman kopi ini sangat mirip dengan kopi Cia iaitu café con leche.

Baca juga: Ais Latte Buat Sendiri, Kos Hanya RM3 Untuk 1 Cawan. Jimat Dan Sedap! 

Satu perbezaan utama daripada jenis latte lain ialah Spanish Latte ini menggunakan scalded milk dan bukannya steamed milk. Latte biasa juga mempunyai kira-kira ⅔ susu dan ⅓ espresso, jadi nisbahnya sedikit berbeza.

Tekstur spanish latte ini berkrim dan manis dengan banyak shot espresso, lebih sedap berbanding latte biasa. 


CARA BANCUH SPANISH LATTE 

spanish latte

Peralatan yang diperlukan:

  • Mesin espresso
  • Periuk kecil
  • Milk frother
  • Mug kecil

Bahan-bahan:

  • 2 shot espresso atau 1/2 cawan kopi segera
  • 88ml susu
  • 1 sudu teh gula putih atau 1.5 sudu teh susu pekat manis
  • Serbuk kayu manis, serbuk koko atau serbuk espresso – optional

Cara-cara bancuhan:

1. Tarik dua shot espreso menggunakan mesin espreso atau periuk Moka dapur. Anda juga boleh bancuh ½ cawan kopi segera.

2. Panaskan susu dengan api sederhana dalam periuk kecil di atas dapur.  Jangan biarkan ia mendidih sepenuhnya. Kacau secara kerap supaya susu tidak hangus.

3. Setelah susu panas, buihkannya menggunakan milk frother.

4. Tambahkan espresso atau kopi ke dalam cawan anda. Campurkan gula putih anda atau susu pekat manis. Kemudian tuangkan susu berbuih di atas.

5. Anda boleh tambah topping seperti kayu manis tanah, serbuk koko atau serbuk espreso. Kemudian nikmati spanish latte di rumah.


Selamat mencuba.

Sumber: Coffee Affection

Baca juga: Wanita Ini Tunjuk Cara Bancuh Foam Kopi Yang Sedap Berlemak, Mesti ‘Repeat’ Nak Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN