Resepi bakso Indonesia ini wajib dicuba jika anda mahukan rasa yang aunthentic sama seperti makan di sana.
Menerusi perkongsian oleh Azizah Salleh, beliau berkata resipi bakso ini dipelajari daripada seorang Youtuber yang merupakan warga Indonesia yang menetap di China.
Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti cara lengkap di bawah bermula dari resipi kuah bakso, bebola bakso, sambal cili dan bahan-bahan sampingan lain.
Baca juga: Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia, Tak Perlu Guna Kerisik!
RESEPI BAKSO INDONESIA
Bahan-bahan bebola bakso:
- Isi ayam kisar
- Daging kisar
- Bawang merah & bawang putih (hiris dan goreng sehingga kuning keemasan)
- Putih telur
- Bawang goreng
- Baking powder
- 1/2 kiub ayam
- Lada putih
- Serbuk bawang putih
- Garam
- Ketul ais batu
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan sehingga sebati. Kemudian bulat-bulatkan.
2. Rebus air dengan lemak ayam, bila dan mendidih kecilkan api. Masukkan bakso yang sudah dibulat-bulatlan tadi.
3. Apabila sudah timbul, tanda sudah masak dan boleh diangkat.
RESEPI BAKSO INDONESIA (KUAH)
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Daun bawang (bahagian putih)
- Buah keras
- Sisa minyak goreng bawang
Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, daun bawang dan buah keras dengan minyak goreng bawang tadi. Kemudian goreng dalam kuali tanpa minyak.
2. Masukkan sedikit air rebusan bakso dan kacau. Masukkan ke dalam kuali yang ada bakso. Masak sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Sedia untuk dimakan bersama bahan-bahan sampingan lain.
RESIPI SAMBAL CILI POWER
Bahan-bahan sambal cili power:
- 20 cili api merah+hijau*
- 2 biji bawang putih*
- Sedikit kuah bakso
- 1 sk garam
- 1 sk gula
- 2 sb cuka
Cara-cara:
1. Rebus bahan bertanda (*) dengan air sehingga airnya hampir kering. Selepas itu, kisar sekali dengan airnya sehingga lumat. Kemudian tambah baki bahan-bahan lain.
Bahan-bahan sampingan lain:
- Bihun
- Tauge
- Bak coy celur
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Sambal bakso
- Cuka/limau
- Kicap
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azizah Salleh
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia