Mari cuba buat Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api style Nogori menggunakan resipi dari Cik Puan SuiSan Aliezsha ini. Memang sedap! Yang mana tak suka rebung boleh gantikan dengan pucuk ubi atau kentang.
Masak lemak cili api Negeri Sembilan yang sebenarnya menggunakan bahan yang sangat ringkas iaitu cili api, kunyit hidup, limau kasturi dan santan sahaja.
Baca juga: Tenggiri Masak Cuka Cara MUDAH, Cukup Rasa Masam Pedasnya
Biasanya ikan yang digunakan didalam masakan ini ialah ikan sungai seperti ikan talapia, keli salai atau ikan laut seperti ikan tenggiri.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
- Ikan Tenggiri Bunga (isinya lebih lembut)
- Cili api – tumbuk
- Kunyit hidup – tumbuk
- Rebung – cuci bersih
- Santan segar – sukatan pati setengah biji kelapa parut
- Asam keping
Cara penyediaan:
1. Mula-mula sekali, siang dan bersihkan ikan. Potong kepda beberapa bahagian supaya mudah dimasak.
2. Seterusnya, hiris nipis rebung dan rendam seketika. Ketika rendam, ramas-ramaskan dia supaya baunya hilang.
3. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
4. Kemudian, sediakan kuali. Masukkan ikan, bahan tumbuk, rebung dan juga santan ke dalam kuali. Pasang api dan kacau sehingga kuah mendidih dan warna jadi sekata.
5. Bila kuah hampir pekat, masukkana sam keping.
6. Sentiasa kacau supaya tak nak santan berketul.
7 Akhir sekali perasakan dengan garam dan sebruk perasa jika ada. Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.
8 Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Tip: Jika ada serai, ketuk dan masukkan bersama dalam kuali supaya dapat hasilkan aroma yang sedap dan wangi.
Selamat mencuba resipi asli dari Negeri Sembila ini.
Sumber: Facebook SuiSan Aliezsha
Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini