popia satar

Kali ini MyResipi mahu berkongsikan resipi popia satar ikan. Kudapan yang terkenal di Terengganu ini juga dikenali dengan nama satar gulung. Ianya mudah didapati di pasar malam.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat satar adalah isi ikan yang telah dihancurkan. Kemudian, isi ikan dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Apabila inti sudah siap, sedia untuk digulung dengan kulit popia. 

Untuk mengetahui cara-caranya yang lengkap, mari kita ikuti perkongsian oleh Shai Anne Ahemed di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus

RESEPI POPIA SATAR IKAN TERENGGANU

Bahan-bahan:

  • Kulit popia (apa-apa brand pun boleh)
  • 3 ekor ikan selayang
  • 1 1/2 cawan kelapa putih
  • 10 biji cili api – hiris halus
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • Sedikit air asam jawa
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Gula

Cara penyediaan:

1. Tumbuk kasar semua bahan bertanda (*).

2. Rebus ikan dan buang tulang, ambil isi saja. Tumbuk sehingga hancur juga.

3. Kemudian, gaulkan ikan bersama bahan-bahan tumbuk pada langkah 1. 

4. Masukkan juga air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.

5. Sediakan kulit popia, sudukan inti ke atas kulit popia dan bungkus dengan kemas.

popia satar

6. Isi jangan terlalu banyak, nanti kulit popia tidak rangup apabila digoreng.

popia satar

Info:

  • Inti yang dah siap tak perlu masak, biar mentah saja
  • Bila dah siap, satukan semua bahan terus masukkan pada kulit popia dam gam tepi kulit debgan air
  • Ikan boleh juga nak direbus dan ambil isi
  • Guna ikan mentah tak boleh simpan lama, ikan rebus boleh simpan lama ye.

Kredit resipi dan gambar: Shai Anne Ahemed

Baca juga: Cara Buat Popia Sira ‘Krupp Krapp’ Rangup Sampai Petang, Ada Rahsia Penting Kena Ikut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN