Pad kra pao resepi ini sesuai untuk anda yang menggemari masakan Thai dengan rasa pedas, masin dan sedikit manis. Hidangan ayam cincang bersama daun selasih Thai ini cukup popular di Malaysia kerana aromanya yang wangi dan rasanya yang menyelerakan.

Menariknya, hidangan ini menggunakan bahan-bahan ringkas yang mudah didapati. Rahsia keenakannya terletak pada penggunaan daun selasih Thai yang banyak, bawang putih dan cili padi yang menaikkan aroma serta rasa pedas.

Resipi ini menghasilkan hidangan untuk 2 hingga 3 orang. Anda boleh laraskan jumlah cili padi mengikut tahap kepedasan yang disukai. Hidangkan bersama nasi putih untuk melengkapkan sajian ala Thai ini.

Baca juga: Resipi Pad Kra Pao Daging Ala Thai, Masak Dengan Api Besar Baru Lagi Sedap!

PAD KRA PAO RESEPI AYAM THAI!
pad kra pao resepi

Bahan-bahan:

  • 300g dada ayam, dicincang lumat
  • 2 genggam daun selasih Thai
  • 10 ulas bawang putih, dicincang
  • 5 biji cili padi, dicincang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar perasa
  • 1 sudu teh kecil gula

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam cincang dan masak sehingga ayam berubah warna serta hampir masak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis, sos ikan, perasa dan gula. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan daun selasih Thai dan gaul sekejap sehingga layu serta aromanya naik.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Sumber: Threads @yunnnii_azharrrrrr

Baca juga: Janna Nick Kongsi Resipi Pad Kra Pao Daging ‘Fav’ Suami, Makan 15 Kali Sebulan Pun Tak Jemu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending