Kek pandan adalah sejenis kuih atau kuih tradisional yang popular di Malaysia. Pencuci mulut ini juga dikenali sebagai “kek pandan gula melaka” kerana ia biasanya diperbuat dengan menggunakan daun pandan dan gula melaka. Dua bahan asas ini yang memberikan kek mempunyai rasa dan aroma yang unik.
Kebiasannya, kek ini mempunyai warna hijau segar dan rasa manis dengan sentuhan unik dari daun pandan.
Baca juga: Kek Yogurt Cheese Strawberry Lembut Dan Gebu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!
Resipi untuk kek ini juga berbeza-beza mengikut kawasan, tetapi lazimnya, bahan utama termasuk tepung gandum, telur, santan, gula, daun pandan dan serbuk penaik.
Syarat dan teknik membuat kek juga boleh berbeza-beza, jadi terdapat beberapa variasi dalam resipi kek ini. Berikut adalah perkongsian resipi dari Cik Puan Norashikin Ismail.
RESIPI KEK PANDAN GEBU DAN MOIST
Dah tak tahu nak masak apa? Apa kata bako kek pulak? Nah, resipi kek yang moist dan gebu. Ringkas, mudah dan senang. Janji bahan-bahan ada dan rajin.
Bahan-bahan A:
- 250g butter
- 200g gula kastor
Bahan B:
- 3 biji telur A/ AA
Bahan-bahan C:
-
260g tepung naik sendiri
Bahan-bahan D:
- 160ml santan ( saya guna santan kotak brand KARA)
- 60ml air + 1tsp pandan emulco
Cara-cara penyediaan:
1. Bahan A dipukul kembang.
2. Masukkaan bahan B sebiji demi sebiji.
3. Masukkan bahan C berselang seli dengan bahan D.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan butter.
5. Bakar suhu 160’c selama 45minit sehingga 1 jam atau hingga masak.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Norashikin Ismail
Baca juga: Kek Fruit Pastry Cara SIMPLE, Kek Viral Tahun 2010 Dah Trending Balik!