Teringat pula lempeng daun sup mak kita di kampung. Walaupun simple saja, tetapi air tangan bonda itu yang paling mahal sebab tak semua orang dapat merasa. Bila ada lebihan kuah lauk, maka jomlah kita membuat lempeng.
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis
Siapa yang tak pernah makan lempeng versi ini memang rugi. Sebab rasanya memang lain dari yang lain. Cicah pula dengan sardin, sambal hitam, sambal ikan bilis atau kuah gulai. Memang padu!
Walaupun nak buat lempeng ini mudah saja, MyResipi tertarik dengan perkongsian Kuali Helena ini. Jom ikuti resipi penuh di bawah. Hanya menggunakan lima bahan saja.
RESIPI LEMPENG DAUN SUP
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 1/4 cawan air
- Garam
- Maggi secukup rasa
- Daun sup (dihirs halus)
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan kesemua bahan kecuali daun sup.
2. Tapiskan adunan dan masukkan daun sup.
3. Sapu dengan sedikit minyak pada kuali non-stick.
4. Tuang satu senduk sayur adunan dan masak sehingga kedua belah lempeng berubah warna.
5. Gulung ketika lempeng sehingga agak suam.
6. Siap untuk dihidang.
Nota tambahan:
- Selain dari daun sup, korang boleh tukar kepada daun bawang, daun ketumbar ataupun daun kuchai (bolehlah mengikut selera masing-masing)
- Jika mahu pedas, boleh tambah sendiri hirisan cili padi atau chilli flakes.
- Hidangkan lempeng dengan kuah kari, kuah dal, rendang atau ikan bilis.
Selamat mencuba.
Sumber: Kuali Helena
Baca juga: Lempeng Pisang Cara Kampung, Wangi Dan Lazat Ikut RESIPI Ini