Pisang bolen merupakan pencuci mulut yang diperbuat dari pisang dan dibalut dengan doh pastri, kemudian digoreng di dalam minyak. Hidangan ini sangat terkenal di Bandung, Indonesia. Siapa yang pernah ke sana pasti pernah mencubanya.
Apabila pulang ke Malaysia, pasti akan teringat-ingat dengan pisang bolen dengan kulit pastri yang nipis, rangup dan lazat! Selepas ini, anda tidak perlu susah-susah ‘terbang’ ke Bandung kerana kita cuba buat sendiri saja di rumah.
Ikuti resipi perkongsian oleh Ena Mohd Arip di bawah. Hanya menggunakan beberapa bahan mudah iaitu pisang, doh pastri segera, nutella dan telur. Selamat mencuba!
Baca juga: Roti Gabin, Makanan ‘Rare’ Indonesia Ini Sedap Cicah Dengan Kopi Panas
RESIPI PISANG BOLEN ALA BANDUNG
Berikut perkongsian oleh Ena Mohd Arip:
“Teringat Bandung, teringat Amanda, Kartika. Teringat Pisang Bolen.
Kalau versi Kartika Sari, ada 2 jenis. Ada yang letak cheese dan coklat. Susunan dia sederet macam roti bun.
Yang ni kita buat siap-siap beralas sebiji-sebiji.”
Bahan-bahan:
- Pisang masak
- Puff pastry
- Chocolate hazelnut spread/nutella
- 1 biji telur
Cara-cara:
1. Ambil sekeping puff pastry. Sapu 1 sudu nutella ke atas puff pastry, letak pisang dan tambah 1 sudu lagi nutella. Kemudian bungkus macam lipat envelope.
2. Gam dengan putih telur.
3. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
4. Tabur parmesan cheese atau cheddar parut.
5. Bakar di dalam air fryer selama 13 minit pada suhu 170°C.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ena Mohd Arip
Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba