resepi cucur ikan bilis

Kalau tak tahu cara buat cucur yang bulat elok, jom cuba resepi cucur ikan bilis perkongsian oleh Irhana Canella di bawah.

Resipi ini salah satu cara yang mudah dan sedap untuk dicuba. Sesuai dijadikan santapan ketika sarapan pagi atau minum petang.

Hanya perlu menggunakan beberapa bahan mudah seperti tepung gandum, ikan bilis daun bawang, serta beberapa bahan yang lainya.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

RESEPI CUCUR IKAN BILIS RANGUP

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Segenggam ikan bilis (cuci bersih dan tumbuk kasar)
  • Secubit garam
  • Kiub pati ayam
  • Daun bawang/kucai (ikut selera masing-masing)
  • Sebiji bawang besar
  • 2 cawan air panas (pastikan air betul-betul panas)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas di dalam bekas. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.

2. Kemudian, tuangkan air panas. Pastikan air tersebut betul-betul panas. Gaul menggunakan senduk sehingga adunan sebati.

3. Adunan memang agak melekit. Jadi, letak minyak masak atas tapak tapak tangan untuk menguli. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan.

4. Goreng sehingga keperangan, angkat ke dalam pinggan.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat menjamu selera!

resepi cucur ikan bilis

Kredit resipi dan gambar: Irhana Canella

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi Guna 4 Bahan, Ikut Cara Ini Baru Menjadi Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN