resepi rambutan asam boi

Biasanya kita guna buah mangga, kedondong atau jambu untuk membuat jeruk asam boi. Kali ini apa kata kita rasai kelainan dengan mencuba resepi rambutan asam boi pula.

Alang-alang sekarang tengah musim buah rambutan, bolehlah cuba membuatnya. Siapa yang suka makan jeruk pasti akan jatuh cinta dengan rasa jeruk rambutan yang manis, masam dan pedas ini.

Kalau ada yang nak tertanya-tanya bagaimana rasa rambutan asam boi ini, jom follow resipi yang dikongsikan oleh Ani Zam di bawah.

Baca juga: Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!

RESEPI RAMBUTAN ASAM BOI

Bahan-bahan:

  • Buah rambutan
  • Asam boi
  • Serbuk asam boi
  • Limau kasturi
  • Cili padi
  • Garam dan gula

Cara-cara:

1. Kupas buah rambutan, basuh bersih dan toskan.

2. Masukkan isi rambut ke dalam mangkuk. Letakkan juga asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sehingga rata.

3. Buang biji limau kasturi, kemudian perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan tadi. Gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam. 

5. Keluarkan dari petu sejuk dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

resepi rambutan asam boi

Kredit resipi dan gambar: Ani Zam

Baca juga: Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap, Sedap Dia Boleh Buat Ketagih!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN