salad timun

Bagi penggemar salad, mari cuba buat Salad Timun ala Korea ini.  Resipi salad kali ini agak istimewa kerana ia adalah aspirasi dari masakan Korea di mana ia amat mudah untuk disediakan.

Salad timun ini menggunakan timun jepun kerana ia mempunyai kandungan air yang sedikit berbanding timun biasa. Jadi, memang sesuai dijadikan bahan utama salad.

Baca juga: Acar Timun Jepun Guna Sprite Ikut Resipi Chef Dave, Rangup Krup Krap Nak Meratah

Apabila digaul dengan sos memang tidak terlampau berair. Bahan yang digunakan di dalam resipi ini juga agak ringkas dan boleh disimpan di dalam peti ais.

Dengan tekstur rasanya yang rangup dan pedas-pedas manis, memang membuatkan lidah yang merasanya terasa di awang-awangan. Memang makan bertambah walaupun salad ini selalu dijadikan sebagai hidangan sampingan.

Mari ikuti resipi dari perkongsian Korean Bapsang yang ringkas dan mudah ini. 


RESIPI SALAD TIMUN ALA KOREA

salad timun ala korea

Bahan-bahan:

  • 1 batang Timun Jepun
  • Kicap
  • 1 sudu besar serbuk cili Korea (Gochugaru)
  • 1 sudu kecil Minyak Bijan
  • Daun bawang – potong halus
  • Bawang Putih – cincang
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu teh biji bijan 
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Hiris nipis timun (1/8 hingga 1/4 inci tebal). Tos perlahan-lahan dengan garam dan ketepikan lebih kurang 15 minit.

2. Toskan air garam yang berlebihan. Elakkan memerah timun kerana timun akan lebam. Gaul rata dengan semua bahan di atas. Rasa sedikit dan sesuaikan bahan perasa jika perlu.

3. Salad timun ala Korea sedia untuk dimakan.

salad timun ala korea


Selamat mencuba resipi Salad Timun Korean Style ini

Baca juga: Salad Buah Lemak Berkrim, Resepi Viral Dapat Lebih 5.5K Shares!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN