resepi mee kari

Pasti ramai yang dah biasa masak mi kari kan? Kali ini apa kata jom cuba resepi mee kari versi siam pula.

Mi kari siam yang sedap bergantung kepada kepekatan kuah dan sambalnya.

Kalau nak tahu cara buat kuah mi kari siam yang sedap beserta sambal, ikuti resipi perkongsian resipi oleh Puan Ameera.

Baca juga: Cara Buat Mi Kari Yang Sedap ‘Meletup’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!

Resepi Mee Kari Siam

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang kecil merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 biji cili hijau besar
  • 6 biji cili padi
  • Lengkuas
  • Halia
  • Belacan
  • 10 tangkai cili kering

Bahan-bahan lain:

  • 1 peket rempah kari ayam
  • Ayam/udang/ketam
  • Akar ketumbar
  • Daun limau
  • Kiub ayam
  • 5 sudu makan sos ikan
  • Santan kotak
  • Air

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan kisar di atas.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar.

3. Masukkan 1 peket rempah kari ayam. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam, boleh guna udang atau ketam.

5. Seterusnya masukkan akar ketumbar, daun limau, kiub ayam, 5 sudu makan sos ikan, santan dan air secukupnya. Jangan terlalu cair dan jangan terlau pekat.

6. Masukkan juga 2 sudu makan gula. Siap!

Resipi Sambal Untuk Mi Kari

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah besar
  • 2 genggam udang kering
  • Belacan

Cara-cara:

1. Kisarkan semua bahan di atas.

2. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan 1 sudu kecil asam jawa, 1 sudu kecil garam dan 2 sudu makan gula.

4. Masak lama sikit sambal guna api perlahan. Gaul sehingga betul-betul kering.

5. Siap! Simpan dalam peti ais. Bila nak makan, ambil saja.

Sediakn bahan-bahan. Taugeh, sawi, limau kasturi, daun ketumbar, taufu dan telur. Kalau suka fishcake fishball boleh letak.

resepi mee kari

Selamat mencuba!

resepi mee kari

Kredit resipi dan gambar: Ameera

Baca juga: Mee Sanggul Goreng Basah, ‘Auto’ Bertambah-tambah Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN