resepi sayur bendi

Setiap kali pergi ke restoran The Chicken Rice Chop, wajib pesan bendi tumis. Tapi kalau tak puas makan, kalian kena cuba masak sendiri di rumah menggunakan resepi sayur bendi tumis perkongsian oleh Zurina Ghani.

Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Hasilnya juga tidak jauh berbeza dengan makan di kedai. Yang penting, lagi berbaloi dan puas hati!

Baca juga: Bendi Goreng Tumis Belacan Udang, Ini Tips Supaya Tak Berlendir & Rangup

RESEPI SAYUR BENDI TUMIS

Bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Celur bendi terlebih dahulu. Celur sekejap saja, jangan terlalu lama sehingga bendi menjadi layu. Kemudian angkat bendi dan ketepikan seketika.

2. Kisar kasar 8 ulas bawang putih dan sedikit udang kering. (Udang kering perlu direndam dan ditumbuk terlebih dahulu)

3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan udang kering yang sudah dikisar kasar tadi. Tumis sehingga naik bau dan bertukar warna keperangan. Kacau rata.

4. Seterusnya, masukkan sos tiram sos ikan dan cili flakes. Kacau sebati.

5. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa.

6. Kemudian letakkan ke atas bendi yang sudah dicelur tadi. Selamat mencuba!

resepi sayur bendi

Kredit resipi dan gambar: Zurila Ghani

Baca juga: Bendi Udang Goreng Belacan, Memang Tak Pandang Lauk Lain Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN