Ibu-ibu wajib cuba resepi kuih bom labu ini. Kuih ini sesuai untuk anak-anak kerana ia dibakar tanpa menggunakan minyak sama sekali.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati, malah hanya 4 bahan yang diperlukan. Selain itu, cara penyediaannya juga cukup ringkas.
Jika tiada oven, boleh ganti dengan menggunakan air fryer. Hasilnya tetap sama sedap. Jadi, jom kita cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Linda Safar di bawah.
Baca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya
RESEPI KUIH BOM LABU TANPA MINYAK
Bahan-bahan:
- Labu
- Gula
- Tepung pulut
- Bijan
Cara-cara:
1. Kukus labu sehingga ia menjadi lembut.
2. Kemudian satukan labu dan gula di dalam satu mangkuk. Lenyekkan sehingga sebati.
3. Masukkan tepung pulut dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
4. Kemudian, bentukkan adunan menjadi bebola bulat.
5. Salutkan dengan bijan sehingga selaputi seluruh bebola.
6. Susun dalam loyang dan bakar di dalam oven pada suhu 180°C selama 30 minit mengikut jenis oven masing-masing.
7. Sedia dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Linda Safar
Baca juga: Kuih Nona Manis Keladi Guna Sukatan Cawan, Memang Lembut Dan Sedap Hasilnya!
Baca juga: Resipi Kuih Koleh Kacang ‘Legend’, Ada Rahsia Kuih Jadi Cantik & Berkilat