kek sarang semut

Pasti ramai yang suka makan kek sarang semut kan? Jika sebelum ini selalu beli saja, kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri.

Tak susah pun nak buat. Yang penting tak perlu peram adunan, jimat masa! Lepas siap putar, dah boleh bakar.

Walaupun tak peram, ‘sarang’ pada kek tetap menjadi elok. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Cik Yatie di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim

RESEPI KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan:

  • 3 sudu planta
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan susu (kalau tak suka manis, kurangkan)
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan gula sehingga menjadi karamel. Kemudian tambahkan 1 cawan air panas dan 3 sudu butter/marjerin. Biarkan sehingga butter larut. Kalau suka pahit, masak lama sedikit. Tutup api, ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, susu, telur dan esen vanilla.

3. Pukul semua bahan menggunakan whisk sehingga semuanya sebati.

4. Kemudian tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci.

5. Sedia untuk dibakar menggunakan oven pada suhu 160°C. Bakar guna api bawah selama 45 minit, kemudian bakar guna api atas selama 15 minit.

6. Selamat mencuba!

kek sarang semut

Kredit resipi dan gambar: Cik Yatie

Baca juga: Jom Cuba Resipi Kek Cheese 4 Bahan Ini. Tekstur Sangat Gebu & Ringan Seakan Kapas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN