resepi pasta carbonara

Jom cuba Resepi Pasta Carbonara yang ‘super creamy’. Rasanya sebiji sama macam makan di Pizza Hut!

Selalunya guna sos segera kan? Kali ini kita buat sendiri pula kuahnya. Lebih jimat dan berbaloi!

Bukan saja sedap, malah hasilnya lebih lemak berkrim apabila buat sendiri kuah Pasta Carbonara ini.

Ikuti resipi perkongsian oleh Aisyah Humaira sebagai rujukan buat anda. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Spaghetti Buttermilk Mudah Untuk Dimasak, Sedap & Tak Muak

RESEPI PASTA CARBONARA ALA PIZZA HUT

Bahan-bahan:

  • 1 paket pasta
  • Hotdog ramli secukupnya
  • 1 kotak kecil cooking cream
  • 3 kiub pati ayam
  • 3 keping cheesedale
  • 2 gelas susu kotak full cream
  • 2 sudu besar penuh tepung jagung – dibancuh dengan 1 gelas air
  • Hujung sudu kecil serbuk lada hitam
  • Hujung sudu kecil parsley flakes
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air sekadar tenggelamkan pasta

Bahan tumis:

  • 1 ketul buttercup guna separuh sahaja
  • 1 biji bawang holland di potong dadu
  • 1 tin cendawan butang dicuci dan dihiris

Cara memasak:

Info: Resipi ini menggunakan “instant pot”. Jika guna periuk biasa, pastikan pasta dan kuah dimasak asing. Pasta direbus dahulu sehingga lembut kenyal dan baru tuang sos/kuah yang siap dimasak atasnya.

1. Panaskan instant pot, tekan menu “saute” dan cairkan butter. Masukkan semua bahan tumis kacau rata biarkan hingga keperangan.

2. Masukkan susu full cream dan semua bahan berbaki satu persatu kecuali pasta.

3. Kacau sebati barulah masukkan pasta. Pastikan pasta tenggelam di dalam kuah.

resepi pasta carbonara

4. Tekan menu “pressure cook” set tempoh memasak “5minit”. Selamat mencuba!

resepi pasta carbonara

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Tak Perlu Beli Lagi, Buat Sendiri Je Sos Spaghetti Bolognese. Rasa Lebih Segar & Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN