Jom cuba resepi gulai ikan tenggiri ini. Meleleh air liur tengok rupa gulai yang merah menyala.
Hanya negeri-negeri Utara yang memanggil lauk ini dengan nama ‘gulai’. Rasanya sedap dan sangat best kalau dimakan dengan nasi panas.
Resipi istimewa ini pasti membuatkan sesiapa sahaja makan bertambah! Rosak diet dibuatnya.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Kari Kambing Paling Simple, Mudah Yakmat!
RESEPI GULAI IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
- 6 keping ikan tenggiri
- 2 sudu besar cili kering
- 6 sudu besar serbuk kari
Bahan hiris:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 ruas jari halia
Bahan tumis:
- Daun kari
- 1 sudu besar halba campur
Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 ruas jari halia
- 1 ruas jari lengkuas
- 1 batang serai
- 1 cawan air
Cara memasak:
1. Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit.
2. Selepas itu masukkan halba campur, perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
3. Kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar. Masak smpi wangi n air sedikit menyusut.
4. Masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar, masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
5. Boleh masukkan 6 sudu besar serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
6. Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. Masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
7. Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
8. Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
9. Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
10. Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
11. Perasakam garam/serbuk secukup rasa.
12. Masuk bendi dan ikan. Biar ikan masak.
13. Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Kredit resipi dan gambar: Makcik Ratu
Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!