Resepi puding jagung yang berlemak manis ini memang wajib dicuba kerana cara penyediaannya sedikit berbeza dari resipi yang lain.
Cara yang dikongsikan oleh Saudara Muhammad Ali ini menggunakan tepung kastard dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan tekstur yang kasar.
Tetapi untuk memastikan puding tidak berderai, beliau meletakkan sedikit serbuk agar-agar. Hasilnya, puding jagung menjadi sangat lembut!
Baca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an
RESEPI PUDING JAGUNG
Bahan-bahan:
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 10 gram serbuk agar-agar
- 180 g gula
- 3 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu makan kordial jagung
- 1 tin jagung manis creamy
- 1 tin jagung manis (optional)
- Satu sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Dalam periuk, masukkan 1 paket agar-agar bersama 4 cawan air, 180g gula, 1 tin susu cair dan tepung kastard.
2. Kacau sebati kesemuanya terlebih dahulu, kemudian baru hidupkan api.
3. Kemudian masukkan 1 tin jagung manis creamy dan 2 sudu makan kordial jagung.
4. Kacau sehingga mendidih. Bila dah mendidih, biarkan selama 1 hingga 2 minit, kemudian baru tutupkan api.
5. Masukkan 1 sudu kecil garam serta jagung manis (jika ada). Sebatikan.
6. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
7. Sejukkan selaama 4 jam di dalam peti ais sebelum dipotong.
8. Potong dengan berhati-hati kerana puding ini memang lembut. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali
Baca juga: Cara Buat Puding Trifle Yang Cantik & Sedap, Best Makan Sejuk-Sejuk!