Sambal Tumis Telur Pecah, resipi ‘lejen’ yang sesuai untuk menu bersahur nanti. Memang makan panas-panas, bertambah nasi dibuatnya!
Menu ini antara masakan yang ringkas, jimat masa dan pada masa yang sama menaikkan selera ketika badan sejuk-sejuk nak bangun siapkan sahur.
Baca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!
Silap haribulan, bau tengah menumis saja dah kejutkan seisi keluarga untuk terus ke meja tau. Hiks!
Ada orang paling suka telur kicap hancur, ada yang suka telur sambal kicap, ada yang gila makan bertambah nasi kalau dihidangkan dengan lauk telur berkuah kicap. Makan dengan nasi panas pulak memang Fuh!
Resipi ini memang mudah dan boleh ajarkan kepada anak-anak yang remaja baik lelaki mahupun perempuan. Senang bila ada apa-apa kecemasan, harapkan mereka masakkan lauk ni saja.
Jom ikuti resipi sambal tumis telur pecah yang dikongsikan oleh Cik Puan Suhanawati Ismail Suwais ini. Tengok gambar sahaja pun dah bikin terliur.
RESIPI SAMBAL TUMIS TELUR PECAH
Bahan-bahan:
- 3 biji telur – 5 biji pun boleh
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci belacan – kisar
- Segenggam cili kering – kisar
- 1 labu bawang besar – kisar
- Sedikit air asam jawa
- Garam
- Gula
Cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau wangi.
2. Kemudian, masukkan cili kisar bersama sambal belacan dan bawang besar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan pula air asam jawa dan gaul biar sekata.
4. Selepas itu, perasakan sambal tumis tersebut dengan garam dam gula.
5. Pecahkan telur berasingan. Tak perlu kacau dan biarkan telur masak di atas sambal itu.
6. Bila dah nampak masak, siap untuk menjamu selera.
Kalau nak buat untuk anak-anak yang tidak makan pedas, boleh kurangkan cili kisar, dan gantikan sos cili kepada sos tomato. Sesuai dengan rasa yang tak pedas, anak-anak confirm suka!
Walaupun gunakan telur je, tapi rasanya memang marvellous! Yang mana belum cuba, wajib rasa masakan ini. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!