serbuk colek ala thai

Serbuk colek ala thai ni kalau makan dengan jambu batu atau mangga, memang syahdu! Nikmat yang amat sangat. Bila dah makan confirm tak boleh berhenti.

Ramai juga yang suka makan buah cicah kicap pedas, cicah garam, asam dan sebagainya. Bagi yang nak bertukar selera, bolehlah cuba colek pedas-pedas manis ala Thai ni.

Cara membuatnya juga sangat mudah dan ‘menyengat’, jom kita cuba cara buat sendiri serbuk colek ni di rumah hasil perkongsian Nur Masri.

Baca juga: Cara Buat Ikan Rebus Homemade, Simpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

Resipi Serbuk Colek Ala Thai

Bahan-bahan:

  • 10 tangkai cili kering
  • Belacan sebesar ibu jari
  • ¾ cawan udang kering
  • 1 ½ cawan gula pasir

Cara-cara:

1. Basuh cili kering, toskan dan sangai. (saya guna cili kering tak pedas)

2. Basuh udang kering toskan dan sangai.

3. Bakar belacan.

4. Setelah bahan sejuk, kisar semua bahan guna blender kering.

5. Campurkan semua bahan, gaul sebati.

6. Boleh tambah garam jika kurang masin, jika tidak suka pedas boleh tambah gula. Ikut selera masing2.

Kredit: Nur Masri

Baca juga: Cara Buat Sendiri Apple Cider Di Rumah, Banyak Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

Baca juga: Cara Buat Peanut Butter Homemade Guna ‘1 Bahan’. Lagi Sihat Tanpa Gula, Garam & Minyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN