apple cider

Pernah dengar tentang cuka epal? Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) sebenarnya ialah jus epal yang telah melalui proses penapaian.

Proses ini menukarkan jus epal kepada asid asetik. Sebab itulah rasa cuka epal agak masam dan tajam.

Bukan sekadar cuka biasa, cuka epal memiliki banyak nutrien yang baik untuk badan.

Puan Siti Hazneza ada berkongsikan cara membuat apple cider homemade. Ada epal banyak kat rumah tu boleh cuba buat!

CARA BUAT APPLE CIDER HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Epal
  • Gula (jika mahu)
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
  • Air

Cara-cara:

1. Epal Granny Smith dan Royal Gala yang sudah mula lesu. Tujuh biji semuanya.

2. Kupas semua epal.

3. Dadukan epal dan masukkan dalam blender. Tambah air secukupnya dan kisar.

4. Anda boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.

5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).

Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat.

Masukkan 2 sudu makan gula, 2 inci kulit kayu manis dan 3-5 kuntum bunga cengkih.

6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.

Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).

7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.

apple cider

Jom kita semak khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh!

8 KHASIAT CUKA EPAL UNTUK TUBUH

  1. Mengawal paras gula dalam darah.
  2. Mencegah penyakit jantung.
  3. Membantu dalam menurunkan berat badan
  4. Kaya dengan antioksida
  5. Baik untuk sistem penghadaman
  6. Penawar bagi psoriasis kulit kepala
  7. Bersifat antibakteria
  8. Meningkatkan ketahanan badan dalam aktiviti bersukan

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN