rempah kari homemade

Teringin nak masak kari, tapi serbuk kari habis pula. Haa,jangan risau boleh buat sendiri rempah kari homemade.

Ramai tak tahu rupanya kalau buat sendiri rempah kari, kari kita akan jadi lebih sedap tau.

Cara membuat rempah kari sendiri ini telah dikongsi oleh Normah Bahari. Inilah rahsia nak hasilkan kari ikan yang sedap.

Cara Membuat Rempah Kari Homemade

Bahan-bahan:

  • 10-12 biji cili kering
  • 3 sudu besar rempah biji (ketumbar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 10-15 biji lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis

Cara membuat:

  1. Basuh semua bahan, tapis dan rendam pula dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.
  2. Kisar semua bahan hingga halus (boleh juga guna penggiling, jika ada lagi sedap hasilnya). Siap!
  3. Rempah yang dah dikisar halus ini boleh terus digunakan untuk masak kari seperti biasa.

Cara Masak Kari Ikan

  • 5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 1⁄2- 1 cawan minyak untuk menumis
  • 1 sb halba campur
  • 1 biji tomato ( dipotong kecil )
  • 1⁄2 kg ikan
  • 1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
  • Asam jawa ( agak2 )
  • 1 cawan air
  • Sayuran

Cara membuat:

  1. Tumis bawang yang dipotong, masukkan halba campur serta tomato dan daun kari.
  2. Bila dah wangi, masukkan rempah homemade yang dikisar, kacau dengan api perlahan.
  3. Bila dah bau harum semerbak, baru tuangkan air. Tunggu sehingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak).
  4. Curah santan, asam jawa dan tambah air lagi, kemudian masukkan ikan, perasa dan akhir sekali masukkan sayuran.

Kredit: Normah Bahari

Baca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini ‘Step By Step’ Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN