Mari kita cuba buat resipi sarapan yang rendah kalori. Memang kenyang sampai ke petang buat menu ini. Mudah rupanya nak jaga kalori, hanya makan oats sahaja.
Selalunya kita tengok individu yang mengamalkan makan overnight oats untuk menjaga diet pemakanan mereka.
Selain daripada rasanya yang sedap, ia juga membantu untuk membuatkan perut korang sentiasa kenyang. Penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Baca juga: Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa, Pilih Yang ‘Jenis’ Ini Baru Lagi Sihat
Jom kita cuba menu sarapan ini!
RESIPI SARAPAN RENDAH KALORI
Dekat Instagram, Nadia selalu share breakfast makan overnight oat. Ramai yang DM mintak resepi. Jadi, nak share dekat sini pula step step breakfast kalori rendah.
Bahan-bahan:
- Rolled oats
- Natural yogurt
- Susu segar
- Kekacang
- Madu asli
- Buah-buahan
- Bekas berpenutup (Boleh beli di kedai RM2)
Cara-cara membuatnya:
1. Letakkan 2 hingga 3 sudu besar rolled oats.
2. Kemudian, letakkan campuran kekacang dan kismis.
3. Tambahkan 1 hingga 2 sudu besar natural yogurt.
4. Letakkan sedikit madu asli.
5. Seterusnya, campurkan dengan buah-buahan pilihan.
6. Tuangkan susu segar sehingga buah tenggelam dan siap untuk dimakan.
Semoga misi untuk kurus berjaya dan konsisten. Selamat mencuba.
Sumber: Ummi Nadia
Baca juga: Eggs Benedict Cara RINGKAS, Menu Sarapan Ala Hotel 5 Bintang
[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]