Lauk berasaskan ayam memang menjadi ‘feveret’ sekeluarga. Jom cuba buat ayam masak daun kari.
Lebih senang disediakan jika resipinya simple sahaja.
Baca juga: Keringkan, Simpan Dalam Botol. Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan! Bau Kekal Sama
Ikuti perkongsian resipi ayam masak daun kari ini, memang membangkitan selera dengan aroma daun kari dan kuahnya yang pekat.
Selamat mencuba!
Resipi Ayam Masak Daun Kari
Bahan-bahan:
Separuh Ekor Ayam (goreng dengan serbuk kunyit dahulu)
1 batang serai (diketuk)
4 ulas bawang merah kecil (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar cili kering
1 biji tomato (dikisar)
1 kiub ayam
Sos cili
Air asam jawa
Santan
Garam
Gula
Hiasan:
6 biji cili padi
Half bawang merah besar
Daun bawang
Daun kari
Cara-cara memasak:
1. Tumiskan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi bersama serai sehingga kekuningan dan keluar bau wanginya.
2. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi dan sos cili, santan, air asam jawa, cili kering dan tomato secukup rasa.
3. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan garam, gula dan kiub ayam dan tunggu sehingga ia pekat.
4. Akhir sekali, boleh masukkan hiasan – cili padi, bawang besar, daun kari dengan potongan daun bawang. Boleh tutup api dapur.