Dah biasa masak ayam kicap? Apa kata kali ini jom cuba resipi ayam kicap versi ‘meleleh’ ini pula. Confirm makan tak toleh kiri kanan dah.
Ada satu lauk ini pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Bahan-bahan dan cara penyediannya juga tidak renyah dan mudah.
Jom cuba masak nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera di bawah. Selamat mencuba!
Resipi Ayam Kicap Yang ‘Meleleh’
Bahan-bahan:
- Ayam (lumur kunyit dan garam)
- Bawang putih 6 ulas
- Bawang merah kecil 6 biji
- Bawang besar 1 biji
- Halia besar ibu jari
- Serai 1 batang
- 1 batang kulit kayu manis
- Daun kari
- Rempah ayam 1 peket kecil
- 4 sudu makan kicap kipas udang manis
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 biji cili padi (belah 2)
- Gula dan garam
Cara-cara:
1. Goreng ayam yang sudah dilumur garam dan kunyit.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar dan halia.
3. Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak buang sikit. Masukkan serai dan titikkan.
4. Masukkan juga kulit kayu manis, daun kari dan bahan tumbuk tadi.
5. Tuangkan 1 paket kecil rempah ayam.
6. Letakkan sedikit sahaja air kerana nak rempah masak sehingga pecah minyak.
7. Tuangkan kicap kipas udang manis.
8. Masukkan juga kicap pekat untuk menghitamkan kuah.
9. Masukkan juga cili padi. Kalau tak suka pedas, tak perlu letak.
10. Masukkan 1 sudu makan gula dan sedikit garam.
11. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.
Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Ameera