Sedapnya gulai ayam Terengganu. Pergi Terengganu wajib cari nasi berlauk gulai ayam ni untuk sarapan pagi.
Kalau ada yang rindu nak makan, boleh cuba buat sendiri menggunakan perkongsian oleh Siti Noor Hidayah di bawah.
Rahsia nak buat sebiji sama macam di Terengganu, kena guna rempah cap Bunga Ros yang memang terkenal di sana. Jom lihat cara-caranya di bawah.
Cara Buat Gulai Ayam Terengganu Style
Bahan-bahan:
- Ayam
- Santan sederhana pekat
- Rempah cap bunga rose (rempah gulai 2 sudu besar + rempah masak 1 sudu besar)
- 3 sudu besar cili boh
- 2 biji ubi kentang
- Nisan kerek @ gula melaka
- 1 keping asam keping
- 1 sudu besar kerisik
- Garam
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1 inci halia*
- 1 inci lengkuas*
Kisar bahan bertanda (*).
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan rempah dan kacau sebati.
4. Masukkan ayam dan kacau rata.
5. Masukkan air dalam 1 cawan (saya bilas blender bekas kisar bawang tadi je).
6. Masukkan nisan @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.
7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.
8. Bukak penutup periuk dan masukkan santan (Masa ni jangan tutup periuk lagi dah sampai siap meggulai).
9. Bila dah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.
10. Perlahankan api dapur dan reneh dalam 7/8 minit. Bila dah terbit minyak, tutup api dapur. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Kredit: Siti Noor Hidayah Samah