Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan tepung gandum, susu tepung, telur dan beberapa bahan asas lain, donat homemade boleh dihasilkan dengan tekstur yang lembut serta anjal.
Lebih menarik, resipi donat susu ini menggunakan breadmaker untuk menguli doh supaya lebih mudah dan menjimatkan tenaga. Doh perlu diuli sehingga elastik sebelum dibentuk menjadi bebola kecil dan direhatkan selama sejam.
Menurut perkongsian resipi, adunan yang sama juga boleh digunakan untuk membuat bomboloni dan aneka roti. Jadi, memang berbaloi untuk mencuba resipi ini sekiranya suka menyediakan kuih dan roti sendiri di rumah.
Baca juga: Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!
CARA BUAT DONAT SUSU GEBU

Bahan-bahan A:
- 500g tepung gandum atau tepung roti (high protein)
- 80g gula halus
- 20g susu tepung
- 5g bread improver
- 3g baking powder
- 1 paket yis
Bahan-bahan B:
- 2 biji telur gred A
- 70g air batu
- Air sejuk secukupnya sehingga jumlah campuran telur dan air mencapai 300ml
Bahan-bahan C:
- 80g marjerin
- 3g garam
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan A dan bahan B ke dalam breadmaker. Pastikan marjerin dan garam diasingkan terlebih dahulu.
- Putar adunan selama 10 minit sehingga semua bahan mula sebati.
- Kemudian, masukkan marjerin dan garam. Sambung menguli sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat pada tangan.
- Keluarkan doh dan timbang setiap bahagian seberat 30 hingga 35g.
- Bulat-bulatkan doh sehingga membentuk bebola yang kemas.
- Susun doh di atas dulang dan rehatkan selama sejam sehingga mengembang.
- Setelah itu, panaskan minyak dan goreng donat sehingga masak dan berwarna keemasan. Gunakan api sederhana supaya donat masak sekata.
- Angkat dan toskan minyak. Donat susu gebu sedia untuk dinikmati.
Tip: Jika suka, salutkan donat dengan gula halus ketika masih suam atau hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.
Sumber: Nur Adila Roslan
Baca juga: Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

