Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup digemari kerana mempunyai rasa lemak manis, tekstur lembut di bahagian dalam serta permukaan yang sedikit garing selepas dibakar.
Keistimewaan bingka ubi terletak pada rasa semula jadi ubi kayu yang digabungkan dengan santan. Apabila dibakar sehingga keperangan, aromanya menjadi lebih harum dan memberikan rasa yang cukup menyelerakan.
Resipi ini boleh dijadikan pilihan untuk menyediakan kuih tradisional sebagai hidangan minum petang. Selain menggunakan bahan yang mudah didapati, anda juga boleh memilih jenis ubi kayu mengikut kesesuaian dan ketersediaan di kawasan masing-masing.
Baca juga: Pucuk Ubi Masak Lemak Letak ‘Black Fungus’, Gabungan Unik Yang Rupanya Sedap Tak Terkata!
CARA BUAT BINGKA UBI
Bahan-bahan:
- 2½ cawan ubi kayu parut
- 1 cawan gula
- 1⅓ cawan santan pekat
- 1½ sudu kecil garam
- 1½ sudu besar mentega atau marjerin
- Pewarna kuning lemon (pilihan)
Cara penyediaan:
- Masukkan ubi kayu parut, gula, santan pekat, garam, mentega atau marjerin dan pewarna kuning lemon (jika suka) ke dalam bekas. Kacau semua bahan sehingga sebati. Pastikan menggunakan santan pekat untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak dan tekstur bingka yang lembut.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu mentega.
- Bakar pada suhu 190°C menggunakan api atas dan bawah selama 1½ hingga 2 jam.
- Pada 10 minit terakhir, tukar kepada api atas sahaja untuk mendapatkan permukaan bingka yang lebih garing. Jika suka lebih garing, boleh tambahkan sedikit masa membakar.
- Setelah dikeluarkan dari oven, sapukan sedikit mentega atau marjerin pada permukaan bingka.
Tips: Tidak perlu perah ubi kayu selepas diparut atau disagat. Anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis ubi kayu mengikut kesesuaian.
Sumber: Threads @ciklelabakes
Baca juga: Ada Ubi Kayu Di Rumah? Cuba Buat Getuk Ubi Kayu, Sedap Makan Panas-Panas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

