Kuih seri muka pandan merupakan antara kuih tradisional yang digemari ramai kerana gabungan pulut berlemak dengan lapisan pandan yang lembut dan manis. Teksturnya yang lembut serta rasa lemak santan memang menjadikan kuih ini pilihan ramai untuk minum petang.

Namun, resipi kuih seri muka kali ini sedikit berbeza daripada biasa kerana menggunakan tambahan kulit kayu manis dan jintan manis dalam pati pandan. Gabungan rempah ini memberikan aroma yang lebih harum pada lapisan hijau.

Menariknya, petua menggunakan rempah ini juga antara cara orang lama menghasilkan kuih seri muka dengan aroma yang lebih harum. Bagi yang ingin mencubanya, boleh ikuti resipi kuih seri muka pandan ini.

Baca juga: Resepi Kek Sarang Semut Simple Tanpa Oven, Guna Periuk Nasi Pun Boleh Jadi Gebu Dan Sedap!

RESIPI KUIH SERI MUKA CARA ORANG LAMA

resipi kuih seri muka

Bahan-bahan lapisan pulut:

  • 1 cawan pulut (rendam 30 minit)
  • 1 cawan santan
  • ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula

Bahan-bahan lapisan atas A (pati pandan):

  • ½ cawan air
  • 2–3 helai daun pandan
  • 1 kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecik jintan manis

Kisar semua bahan sehingga halus kemudian tapis. Kalau rasa air terlalu sikit boleh kisar campur santan.

Bahan-bahan lapisan atas B:

  • 1 cawan santan pekat
  • ½ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan pati pandan yang telah ditapis

Cara-caraa penyediaan:

  1. Campurkan pulut yang telah direndam bersama santan, garam dan gula. Kukus sehingga pulut masak.
  2. Gris loyang 7 inci dengan sedikit minyak masak. Masukkan pulut dan ratakan. Tekan pulut supaya padat.
  3. Kisar semua bahan lapisan atas sehingga sebati. Tapis adunan supaya teksturnya halus.
  4. Masak sebentar adunan di atas api sederhana sambil dikacau sehingga naik wap.
  5. Tuangkan adunan pandan ke atas lapisan pulut. Kukus selama 30–45 minit sehingga lapisan atas masak sepenuhnya.
  6. Biarkan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending