Petua ubi kayu ini sesuai dicuba kalau ada lebihan ubi kayu di rumah tetapi belum sempat hendak dimasak. Daripada dibiarkan begitu sahaja hingga berubah keadaan, ubi kayu boleh disimpan dengan cara yang lebih mudah supaya tahan lebih lama.
Caranya tidaklah rumit. Ubi kayu perlu dikupas dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Selepas itu, bekas ditutup dan disimpan dalam peti sejuk bahagian chiller.
Menurut perkongsian ini, cara penyimpanan tersebut membolehkan ubi kayu disimpan lebih lama tanpa menjejaskan rasa dan teksturnya. Malah, tidak perlu pun disimpan dalam bahagian beku.
Baca juga: Petua Epal Tak Cepat Lebam Selepas Dipotong, Rupanya Cuma Perlu Buat 1 Langkah Ini
Petua Ubi Kayu Tahan Lama, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk

Berikut merupakan cara-caranya:
- Kupas kulit ubi kayu terlebih dahulu.
- Basuh ubi kayu hingga bersih untuk membuang kotoran yang melekat.
- Masukkan ubi kayu yang sudah dibersihkan ke dalam bekas bertutup.
- Tuangkan air sehingga melepasi paras ubi kayu.
- Tutup bekas dengan rapat.
- Simpan bekas tersebut dalam peti sejuk bahagian chiller, bukan di bahagian frozen.
Dengan cara ini, ubi kayu boleh disimpan untuk digunakan kemudian apabila sudah bersedia hendak dimasak. Mudah sahaja, tak perlu pun bahan tambahan atau cara penyimpanan yang rumit.
Sumber: Norazlina Mohamed Razali
Baca juga: Cara Elak Bendi Berlendir Masa Goreng, Rupanya Kena Buat Langkah Ini Dulu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

