Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari atau makan malam. Gabungan udang segar dengan sambal yang pedas, sedikit manis dan berperisa menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan. Tambahan bendi pula memberikan tekstur yang berbeza dan menjadikan lauk ini lebih menarik.

Bagi yang gemarkan masakan pedas tetapi tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama di dapur, resipi ini boleh menjadi pilihan. Penggunaan pes sambal tumis segera membantu memudahkan proses memasak kerana tidak perlu menyediakan terlalu banyak bahan kisaran.

Udang tidak perlu dimasak terlalu lama kerana teksturnya boleh menjadi keras jika terlebih masak. Bendi pula lebih enak apabila masih sedikit rangup dan tidak terlalu lembik. Dengan cara penyediaan yang betul, anda boleh menghasilkan lauk sambal tumis yang pekat, beraroma dan menyelerakan.

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Temenung, Guna Bahan Ringkas Tapi Hasilnya Pekat & Berkilat!

RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG BENDI

resepi sambal tumis udang

Bahan-bahan

  • Pes sambal tumis segera
  • Udang secukupnya
  • 1 biji bawang besar
  • Bendi secukupnya
  • 2–3 ulas bawang putih
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan kacau hingga sedikit layu.
  2. Masukkan pes sambal tumis segera. Tumis menggunakan api sederhana hingga sambal pecah minyak dan mengeluarkan aroma.
  3. Masukkan bendi yang telah dibersihkan dan dipotong. Tambahkan sedikit air supaya sambal tidak terlalu kering.
  4. Kacau rata dan biarkan bendi masak seketika. Elakkan memasaknya terlalu lama supaya teksturnya tidak terlalu lembik.
  5. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa. Gaul sehingga semuanya sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan udang dan kacau menggunakan api besar hingga udang bertukar warna kemerahan dan masak sepenuhnya.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jangan masak udang terlalu lama supaya teksturnya kekal lembut dan tidak liat.

Sumber: Threads @mamalynaa_

Baca juga: Cara Membuat Sambal Tumis Guna Air Fryer, Siap Kurang 30 Minit Tanpa Dapur Berkecah Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending