Resepi ayam bakar BBQ antara hidangan yang mudah disediakan di rumah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan air fryer. Tak perlu susah-susah menyediakan perapan yang rumit kerana bahan-bahannya boleh didapati di dapur.

Apa yang menarik tentang resipi ini ialah gabungan rasa manis daripada madu dan kicap, sedikit pedas daripada sos cili serta aroma herba seperti rosemary dan oregano. Tambahan cuka dalam bahan perapan juga membantu menjadikan isi ayam lebih juicy.

Ayam yang sudah diperap kemudian dibakar menggunakan air fryer pada suhu 170 hingga 180 darjah Celsius selama 20 minit. Hasilnya, ayam bakar BBQ homemade yang sesuai dijadikan lauk makan tengah hari atau malam bersama nasi panas.

Baca juga: Resipi Ayam Masam Manis, Menu Ala Restoran Cina Yang Boleh Masak Sendiri!

RESEPI AYAM BAKAR BBQ

resepi ayam bakar bbq

Bahan perapan ayam:

  • Ayam secukupnya
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Sos tiram
  • Kicap ABC
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Serbuk lada hitam
  • Rosemary
  • Oregano
  • Mixed herbs
  • Sedikit cuka
  • Madu
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit minyak

Nota: Sukatan bahan boleh disesuaikan mengikut jumlah ayam dan cita rasa masing-masing.

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam terlebih dahulu dan toskan airnya.
  2. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam bekas.
  3. Tambahkan sos tiram, kicap ABC, kicap manis, sos cili dan madu.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, rosemary, oregano, mixed herbs, sedikit cuka, serbuk perasa, gula, garam dan minyak.
  5. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  6. Masukkan ayam ke dalam bahan perapan dan gaul sehingga setiap bahagian disaluti dengan sempurna.
  7. Perap ayam supaya bahan perapan meresap ke dalam isi.
  8. Susun ayam di dalam bakul air fryer dan bakar pada suhu 170 hingga 180 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Laraskan masa mengikut saiz dan bahagian ayam.
  9. Setelah masak, keluarkan ayam dan sedia untuk dihidangkan.

Tip: Pastikan bahagian paling tebal ayam mencapai suhu dalaman 74°C supaya ayam benar-benar masak dan selamat dimakan. Jika ketulan ayam besar, masa membakar mungkin perlu ditambah.

Sumber: Ain Ahmad’s

Baca juga: Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending