sambal tumis ikan

Kalau suka lauk yang pedas, berempah dan cukup rasa, sambal tumis ikan temenung ini memang wajib cuba. Ikan temenung yang digoreng terlebih dahulu kemudian dimasak bersama sambal menghasilkan lauk yang ringkas tetapi cukup menyelerakan.

Rahsia untuk buat sambal tumis ikan yang sedap sebenarnya terletak pada cara memasak sambalnya. Jangan terburu-buru menggunakan api besar. Sambal perlu dimasak perlahan-lahan sehingga betul-betul pecah minyak supaya rasanya lebih sebati dan tidak berbau cili mentah.

Menurut perkongsian resipi ini, ikan temenung atau ikan kembung digoreng dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Ditambah pula bawang hiris dan asam keping, memang sedap dimakan bersama nasi putih panas. Sambalnya pula boleh dilaraskan ikut tahap kepedasan yang disukai.

Baca juga: Ikan Goreng Masak Asam, Menu Ringkas Tapi Rasa Masam Pedasnya Buat Selera Makin Naik

RESIPI SAMBAL TUMIS IKAN TEMENUNG

sambal tumis ikan

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 8 ulas bawang putih – kisar
  • Cili kering secukupnya – kisar
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 biji bawang besar – hiris bulat
  • Ikan temenung secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ikan temenung terlebih dahulu sehingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang telah dihiris nipis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering.
  4. Masukkan sedikit air dan 2 keping asam keping. Kacau sebati dan biarkan sambal dimasak menggunakan api perlahan.
  5. Masak sambal sehingga pecah minyak. Bahagian ini penting untuk mendapatkan sambal yang lebih sedap dan tidak terasa mentah.
  6. Selepas sambal pecah minyak, masukkan lebih kurang 1 cawan air. Kacau dan masak sekali lagi sehingga sambal kembali pecah minyak.
  7. Perasakan dengan gula, garam dan sedikit serbuk perasa jika suka. Kacau hingga sebati.
  8. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan kacau seketika.
  9. Akhir sekali, masukkan ikan temenung yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur dan sambal melitupi ikan dengan sekata.
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Ninie Zaini

Baca juga: Sambal Ikan Tongkol Ini Memang Lain Macam, Petua Rebus Dulu Buat Ramai Terkejut Hasilnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN